PRK HULU SELANGOR : MASA UNTUK UMNO UNDI PROTES

Najib sudah mengesahkan bahawa calon BN untuk PRK Hulu Selangor adalah dari MIC. Ini bermakna sekali lagi Umno berputih mata kempunan untuk bertanding di Hulu Selangor.
Mengapa begitu malang nasib orang Melayu Hulu Selangor khasnya Melayu Umno yang sering ditipu dan diperdaya oleh pemimpin mereka sendiri.
Dek kerana takut kepada MIC, pemimpin Melayu dalam Umno sanggup menggadaikan maruah ahli Umno Hulu Selangor. Kalau betul Umno waras dan berpegang kepada merit dan matematik mengapa MIC pula dipilih mewakili BN sedangkan bilangan pengundi Melayu jauh lebih ramai dari India. Malah jika dikirakan dari segi Matematik, MCA lebih layak bertanding di Hulu Selangor.

Matematik mana yang Umno pakai? Memang Umno jenis tidak 'reti' Matematik!!!!!!

Jadi saya cadangkan sebagai satu usaha untuk mengembalikan maruah ahli Umno Hulu Selangor mereka mesti mengundi PKR kali ini. Jika MIC tewas dengan majoriti besar kali ini nescaya PRU 13 nanti, Umno mempunyai peluang untuk dipilih bertanding di Hulu Selangor kerana MIC tidak boleh diharapkan lagi(tewas pada PRU 12 dan PRK 25 April ini). Maka mudahlah Umno membuat justifikasi untuk kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Jika MIC/BN menang kali ini jangan harap MIC akan menyerahkan kembali kerusi ini kepada Umno....................pesanan saya ini kena ingat betul-betul

(Logikkan cadangan saya ini..................)

Comments

azman kamarul said…
Sejarah di Pulau Pinang...umno menang banyak kerusi iaitu melebihi kerusi yang dimenangi oleh gerakan di dalam pilihanraya...akhirnya umno serah pada gerakan.....akhirnya gerakan dan umno menggigit jari selepas pru 12 2008.
azreen said…
undi protes..hahaha kelakar betul cara nk raih undi...
teratailiar said…
kesian kat azreen...
sekolah kat mana dik...?