PRK HULU SELANGOR : FELDA, PENGUNDI HANTU DAN PENIPUAN JADI TALIAN HAYAT BN

Seperti biasa peneroka Felda, pengundi hantu, penipuan, ugutan, media pemfitnah, rasuah dan 'parti-parti komponen BN' yang tidak berdaftar akan menjadi talian hayat BN untuk menang di Hulu Selangor.

BN sudah tentu menggunakan talian hayat tersebut untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka di dunia ini, jika tidak sudah lama mereka dimasukkan di dalam buku-buku sejarah dan muzium.

BN bukannya berdiri di atas kekuatan mereka sendiri sebaliknya terpaksa berlindung kepada agensi-agensi kerajaan, suruhanjaya kerajaan dan pasukan penguatkuasaan untuk meneruskan baki umur mereka yang sudah sampai ke saat penghujung.

Di Hulu Selangor ini mereka sekali lagi tanpa segan silu dijangka mengeksloitasi sepenuhnya agensi-agensi kerajaan milik rakyat untuk berdepan dengan PR. Tanpa Felda, Jabatan Penerangan, JHEAO, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Kemas dan lain-lain siapalah Umno. Rakyat pun tidak akan melayan mereka tanpa umpan dengan jabatan-jabatan ini.

Rakyat seharusnya melihat semua kebobrokan BN. Oleh kerana kegilaan BN untuk menang mereka sanggup menggunakan harta rakyat untuk kepentingan parti bukan kepentingan rakyat.

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SAYA TIDAK REDHA SATU SEN PUN DUIT RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN BN.

INSYA ALLAH INI SEMUA AKAN DIADILI DI MAHKAMAH ALLAH PADA HARI PEMBALASAN NANTI. TUNGGU WAHAI PEMIMPIN BN.

Comments

azreen said…
saya sbgai rakyat selangor juga tida redha duit saya disalahguna oleh pas, pkr, dap n bn skalipun jika ianya utk kepentingan peribadi..bahkan RM 1 yg dibayar pada anwar sbg "peliwat" ekonomi bagi negeri selangor

p/s kanapa pakcik putarligat x berani approve semua komen saya..kata blog telus..saya x kan penat menulis komen diblog ini.
teratailiar said…
hehehe...
nak petik kata dr syed azman...
peneroka Felda jadi STOK PENIMBAL Umno.