PRK : BERTUAH ORANG HULU SELANGOR

Penduduk Hulu Selangor sehari dua ini ditatang bagaikan minyak yang penuh. Apa sahaja tuntutan dan permintaan yang mereka buat akan dilayan dengan saksama. Kalau sebelum ini mungkin rayuan dan permintaan mereka dibuat indah tak indah sahaja oleh kerajaan pusat dan negeri tetapi kini ianya berbeza.Berlumba-lumba pemimpin Kerajaan negeri dan pusat turun padang mendengar keluhan dan permintaan mereka.

Dengar khabarnya pelbagai janji telah dibuat oleh pemimpin BN termasuk Imam 1Malaysia dan Imam 2 1Malaysia. Puluhan juta telah dijanjikan oleh BN kepada penduduk Hulu Selangor. Namun penduduk kena berhati-hati dengan janji pemimpin BN ini kerana banyak janji yang mereka buat pada PRK Bukit Gantang, Kuala Terenggau, Batang Ai, Bukit Selambau, Manek Urai, Bagan Pinang, Permatang Pasir, Penanti dan lain-lain masih belum ditunaikan. Takut-takut nanti penduduk Hulu Selangor pula ditipu oleh BN.

Kerajaan negeri juga sudah menghulurkan pelbagai bantuan dan program seperti yang dijanjikan dalam manifesto PKR, PAS dan DAP pada PRU 2008 dahulu. Banyak masalah penduduk telah diselesaikan antaranya masalah tanah.

Ternyata kerajaan negeri Selangor berjaya menjalankan amanah mereka dengan baik selepas 2 tahun memerintah Selangor seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor semalam.

Comments

azreen said…
ootapi kenapa kerajaan negeri at first place reluctant utk approve pembinaan uitm..kalo setuju kn sng..x de la jadi modal umno..

tapi knp mb x approve..kn ni baik utk pembangunan modal insan n beri kesan pada masyarakat sekitar..nk dpt position dlm projek tu baru nk luluskan..mana pergi integriti ni??