PENGUNDI BERPUSU-PUSU MENGUNDI

Wakil-wakil saya di beberapa tempat mengundi menyatakan bahawa para pengundi berpusu-pusu keluar mengundi. Di Kampung Sungai Buaya, pengundi beratur seawal jam 7.45 pagi lagi. Begitu juga di Felda Sungai Tengi dan Peti Undi Changkat Asa.

Para perayu undi dari kedua-dua parti juga menggunakan pelbagai gaya dan pendekatan untuk menarik sokongan pengundi di saat akhir. Masing-masing memegang gambar calon dan pimpinan parti masing-masing. Keadaan terkawal di semua peti undi setakat ini.

Comments