02 April 2010

PENGHANTAR SMS GUGAT BN MUDAH DITANGKAP, PENGHANTAR SMS LUCAH SUSAH DITANGKAP?

Saya hairan dengan sikap kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak serius dengan masalah sosial dan maksiat. Contohnya Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata tidak banyak yang dapat kita dilakukan untuk menangani sms lucah yang kian berleluasa itu.

Salang berkaya setiap penerima SMS seperti itu dinasihati untuk tidak mengendahkan SMS tersebut


Beliau menasihati para penerima SMS berkenaan untuk membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mereka langgani.

Bagaimanapun, menurutnya untuk mengesan dalang di sebaliknya bukan semudah yang disangkakan.

Beliau berkata Lazimnya, agak susah untuk mengesan mereka kerana mereka berkemungkinan bukan berada di dalam negara. Jawapannya beliau jelas menunjukkan kerajaan tidak serius untuk mengatasi masalah ini.

Namun pada masa yang sama kerajaan dan pihak berkuasa begitu pantas bertindak terhadap penghantar-penghantar sms yang didakwa menghantar sms bersifta hasutan, fitnah dan lain-lain. Tetapi mengapa dalam hal sms lucah ini mereka bersikap double standard begini.

Apakah kerajaan merasakan sms lucah dan perniagaan sms lucah perkara remeh dan ringan?

Sejak akhir-akhir kegiatan perniagaan sms lucah melalui telefon bimbit semakin berleluasa dan mereka semakin berani menghantar sms ini kepada sesiapa sahaja.

Antara contohnya seperti ini, Hi, saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! sila hantar mesej HW ke **********(nombor penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan). Notice! Hanya untuk umur 18 ke atas sahaja.”

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter