PASCA PRK HULU SELANGOR : PENGUNDI CINA HANTAR BN KE MUZIUM NEGARA

Mengikut analisis dipihak BN sendiripun menyatakan bahawa mereka kehilangan banyak undi kaum Cina dalam pilihanraya Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Bukan sahaja pemimpin Majlis Tertinggi UMNO yang bersetuju malah ia turut diulas oleh TPM, PM malah diakui sendiri oleh bekas PM sendiri iaitu Tun Dr.Mahathir. BN bimbang jika pola pengundi Cina yang lebih cenderung memilih PR maka PRU13 kelak merupakan saat-saat nazak bagi UMNO dan BN.

Apabila melihat pola undian di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru yang pengundi Cina adalah majoriti (8,146 pengundi), BN tewas. Keputusan paling rendah dalam pilihan raya kecil berkenaan juga datang dari DUN tersebut iaitu bagi peti undi Rasa, apabila BN hanya mendapat 49 undi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) 319 undi. Jika dilihat daripada peratusan undi kaum Cina kepada PR pula mengikut sampel yang dikeluarkan seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5)

Maka tidak dinafikan pengundi kaum Cina memang cerdik sebab mereka mendengar nasihat orang cerdik dari DAP khususnya dan PR umumnya. Apa yang pasti MCA dan Gerakan masih gagal meyakinkan pengundi Cina untuk kembali kepada BN. Keadaan itu berbeza dengan DAP yang dilihat pemimpinnya mendapat sambutan hangat di DUN tersebut.

Cadangan lawak dari Presiden PERKASAM yang mencadangkan BN menarik balik janji-janji yang diraburkan untuk pengundi Cina di Hulu Selangor kerana mereka mengundi calon PKR, inilah cara berpikir sang melayu sang lompat, bertanding atas tiket PAS tetapi hidup berlagak macam UMNO yang berkarat melayunya. Bukan sahaja PERKASAM malah UMNO dan BN akan terkubur dan diawet masuk ke Muzium Negara pada PRU13 jika melakukan demikian.

Kini UMNO terjerat? Mampukah UMNO menabur duit dan melaksanakan semua janji-janji projek di Parlimen Hulu Selangor dalam tempoh dua tahun menjelang PRU 13? Mampukan UMNO membina 3 buah sekolah baru termasuk sebuah sekolah cina, menyelesaikan baki hutang penduduk Felda Kg.Sg.Buaya mencecah RM 300 juta lebih, membina persimpangan bertingkat susur masuk PLUS ke Sg.Buaya, dan pelbagai lagi janji-janji manis dalam piliharaya ini? Rakyat Cina akan menjadi pemerhati yang setia, akan menjadi hakim yang cerdik, jika semua janji itu hanya janji-janji kosong dan penipuan BN maka tidak mustahil kaum Cina seluruhnya akan mengundi PR.

Malah yang lebih akan memilukan BN jika semua pengundi Cina turun berkempen pada PRU 13 kelak di kawasan orang Melayu dan India menyatakan segala pembohongan BN dan berkempen supaya mereka mengundi PR untuk menjadi pengundi bijak seperti mereka, bagi duit ambil bagi bantuan terima tapi undi pada PR dan pada saat itu BN dan UMNO akan menjadi bahan sejarah di Muzium Negara.

Putera Melaka.

Comments

Anonymous said…
perkasam oh perkasam...tu jer taraf untuk perkasam....kesian perkasam..........