PASCA PRK HULU SELANGOR : MCA DAN GERAKAN WAJIB UCAP SELAMAT TINGGAL PADA BN

Sudah sampai masanya MCA dan Gerakan mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada BN kerana kaum Tionghua sudah tidak lagi memberikan sokongan kepada MCA dan Gerakan yang bergabung di dalam BN. Ini bermakna peranan MCA dan Gerakan di dalam BN sudah tidak dapat diterima oleh kaum Tionghua di Malaysia.

Tidak ada gunanya untuk terus bersekongkol dengan Umno di dalam BN kerana kaum Tionghua sudah faham dan masak dengan perangai BN yang suka menipu, menabur janji dan merasuah rakyat pada setiap kali pilihanraya. Walaupun pelbagai rasuah politik dilakukan oleh Perdana Menteri umpamanya membina sekolah di Rasa dengan kos RM3 juta dan membina 200 unit rumah kos rendah di kawasan padat kaum Tionghua di Kampung Hassan, pengundi Tionghua tetap menyokong PR kerana mereka tahu itu hanyalah umpan pilihanraya dan memang menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakan projek tersebut.

Pengundi Tionghua lebih peka dan terkesan dengan masalah rasuah, perkauman sempit, jenayah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan wang negara dan lain-lain. Sebab itulah mereka berani memberi amaran kepada BN dengan menolak BN secara total. Mengikut analisis 'on the spot' saya semalam, 75 % pengundi Kaum Tionghua menolak BN, suatu angka yang amat tinggi yang menggambarkan konsep 1Malaysia Najib ditolak oleh kaum Tionghua atas alasan-alasan di atas.


Oleh itu saya cadangkan supaya MCA dan Gerakan keluar dari BN dan sama-sama berjuang di dalam PR yang jelas telus, adil, professional dan taat kepada agama dan demokrasi.

Comments

Anonymous said…
Ha ya Allah Solah,
Ha ya Allah politikah,
Ha ya Allah fallah.

Ada ke dalam azan?