PASCA PRK HULU SELANGOR : BN MENANG PARLIMEN PR MENANG 2 DUN

Keadaan menjadi terbalik jika kita bandingkan dengan PRU 2008 di mana PR menang Parlimen tetapi tewas semua kerusi DUN. Namun begitu jika kita tinjau keputusan semalam kita dapati sebenarnya PR telah menang 2 DUN iaitu DUN Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali, BN cuma menang di DUN Hulu Bernam sahaja( Laporan TV Selangor). Undi tepat tidak saya perolehi, Insya Allah akan siarkan bila saya menerima maklumat lengkap nanti.

Ini bermakna BN tidak boleh mendabik dada kerana mereka sebenarnya tewas 2 DUN dan menang hanya 1 DUN. Jika ditolak dengan undi Pos saya yakin undi mereka semakin teruk.

Hakikatnya pengaruh PR semakin kuat dan mantap.

Comments