NAJIB DAN ROSMAH MELAWAT SIBU, BERUNTUNGLAH ORANG SIBU

Walaupun kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu hanya boleh dimulakan selepas hari penamaan calon pada 8 Mei ini, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada melakukan kunjungan dua hari ke Sibu mulai Sabtu ini.

Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, kata Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, kepada pemberita di Sibu hari ini.

Saya menjangkakan banyak benda yang orang Sibu akan dapat hasil dari lawatan Najib ini. Kalau tidak diumumkan pada lawatan kali ini, Najib akan umumkan pada lawatan akan datang jangan takut orang Sibu 'tak lari gunung dikejar'.

Comments