MEB : LANGKAH ATASI RASUAH HANYA KOSMETIK SAHAJA

Perdana Menteri Najib Razak berkata mulai hari ini, tiga langkah tambahan akan dilaksanakan untuk meningkatkan integriti dan mengelakkan rasuah dalam urusan perolehan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, semua pembida dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida dan pembida berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya.

Seterusnya, mereka perlu menandatangani teks perjanjian yg mengandungi klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan, tambah Najib.
Bagi saya langkah ini hanyalah kosmetik sahaja. Selagi SPRM dan lain-lain badan penguatkuasa tidak 100 % telus dan dilihat telus selagi itulah rasuah akan terus berleluasa.
Apa yang kerajaan BN kena buktikan ialah bentangkan laporan secara telus tentang isu berikut :-
  • skandal PKFZ
  • kehilangan enjin jet
  • Skandal pembelian jet dan kapal selam
  • Kehilanan wang PPRT
  • Dakwaan terhadap Khir Toyo
  • Skandal AP
  • Keruntuhan bermacam bangunan di Terengganu
  • Kapal selam tak boleh menyelam
  • Kes VK Lingam
  • dan macam-macam lagi dari awal pemerintahan BN sehingga sekarang.

Selagi semua kes tersebut tidak disiasat secara telus dan professional selagi itulah rakyat dan negara luar tidak akan percaya dengan janji-janji manis kerajaan BN untuk membenteras rasuah.

Comments