MEB : KERAJAAN KHIANATI SEMUA RAKYAT

Kerajaan telah mengkhianati rakyat samada bumiputera maupun bukan bumiputera. Tidak ada kouta untuk bumiputera dan bukan bumiputera di gariskan di dalam MEB. Lebih berbahaya lagi ialah kerajaan seolah-olah membenarkan rakyat asing menguasai ekonomi dan memegang ekuiti di dalam negara kita.
Dasar Liberalisasi Ekonomi Negara (DLNE) yang diumumkan tahun lalu dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat telah dianaktirikan kini MEB lebih dahsyat lagi.
Mengikut DLEN pegangan ekuiti Bumiputera diturunkan daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan ekuiti bukan Bumiputera dikurangkan daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Dasar ini membenarkan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) manakala nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.
Lebih malang lagi MEB langsung tidak menetapkan kouta Bumiputera dan Bukan Bumiputera, maknanya rakyat asing boleh membolot seberapa banyak ekuiti yang mereka suka tanpa had.

Saya menuntut penjelasan segera dari kerajaan berkenaan hal ini.

Comments

Hairun Azmi said…
Jahanam negara macam nie..