LEBIH RAMAI PETUGAS PR AKAN DITAHAN?

Ramai pemerhati menjangkakan bahawa lebih ramai petugas PR akan ditahan pihak berkuasa sebagai satu cara untuk menyekat kemaraan PR yang semakin selesa di depan. Sumber-sumber dalaman PR menjangkakan tindakan menahan petugas PR ini juga sebagai taktik untuk menggambarkan bahawa PR dan petugas PR memang ganas dan tidak patuh kepada undang-undang.

Ada maklumat tidak merasmi melaporkan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard ditahan pihak berkuasa sebentar tadi. Perkembangan selanjutnya menyusul.

Comments

Salam...

Tahanlah seberapa ramai yang mereka nak tahan..

Mulai malam ini semakin ramai petugas-petugas dan penyokong PR bergerak ke Hulu Selangor..
Anonymous said…
Ini memang sudah menjadi tektik dan amalan BN terutama UMNO yang menjadi kepalanya. Mereka lebih gemar dan gembira untuk menjual tanah air sendiri daripada memberikannya kepada rakyat. Dalam semua hal, seperti subsidi, biasiswa, bantuan, atau sebutlah apa-apa bantuan yang dinamakan sebagai bantuan kerajaan, pilih kasih dan dasar menindas ini akan menjadi keutamaan. Selagi BN ini tidak ditumbangkan atau dibataskan kekuasaannya, selagi itulah pekara ini akan berlarutan. BN mengatakan apa sahaja yang mereka buat, semuanya salah dari kaca mata pembangkang (PR) tetapi mereka lupa bahawa apa saja yang PR kata atau tegur, BN kata fitnah atau tak betul. Negara lain berusaha untuk memajukan rakyatnya tetapi BN sebaliknya berusaha untuk menindas dan menekan rakyatnya. Bagimanakah agaknya jika PR tidak langsung menegur? Penduduk-penduduk Islam terutama di felda-felda sepatutnya sudah lama menagih hak mereka yang di ambil oleh felda tetapi malangnya belum ramai yang sedar dan bangun untuk beralih arah.Yang sedar pula takut-takut. PR kena buat sesuatu dan mencari langkah-langkah berkesan dalam meraih undi dari penduduk felda ini kerana ternyata strategi yang diguna pakai selama ini kurang berkesan. Fikir-fikirkanlah strategi yang betul-betul strategik tetapi ini bukan kerja seorang. Yang penting kerja sama.
Anonymous said…
Mungkin ini akan berlaku dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dan petugas PR. Yang pasti Cikgu dah kena dan yang lain-lain kenalah berwaspada. Jangan mudah melatah dan termakan dengan provokasi. Sifat mesra rakyat dan baik sangka itu perlu juga walau pun kerahsiaan itu penting. Biarlah nak ganggu ke atau nak bising dekat markas. Yang paling penting, jaga tatatertib PR dan jangan langgar undang-undang kerana buat masa ini Keluhuran Perlembagaan sudah kurang luhur.Macam mana pun selamat berjuang dan menang. Pas sudah menang kerana sudah berjaya menyampaikan dakwah kepada penduduk HS.