KEPUTUSAN RASMI BN MENANG 1,725 UNDI

BN - 24,997
PKR - 23,272
Majoriti -1,725

Dengan kemenangan ini sudah tentu mereka akan berpesta sebulan siang dan malam bercerita dalam TV dan media bahawa rakyat sudah kembali menyokong mereka. Padahal hakikat yang sebenar ialah mereka menggunakan bermacam tipu helah untuk memenangkan diri sendiri. Dengan bantuan seluruh agensi kerajaan termasuk SPR, FELDA dan lain-lain mereka sepatutnya menang dengan lebih besar.

Rakyat sebenarnya masih kekal menyokong PR. Undi PR meningkat sebanyak 95 undi manakala undi BN meningkat 2018.

Perkara penting yang mesti dikaji oleh PR ialah bagaimana untuk menyedarkan masyarakat Melayu diluar bandar dan Felda supaya faham siapa Umno dan BN ini sebenarnya. Selain itu pengundi India di luar bandar juga mesti didekati dan diberi kefahaman supaya tidak terjebak dengan rasuah dan politik wang BN.

Penyelewengan daftar pemilih dan lokasi pengundian serta kewujudan pengundi hantu juga terus menjadi persoalan. Beberapa pengundi membuat laporan Polis bahawa mereka didakwa telah membuang undi sedangkan mereka tidak mengundi lagi. Ini bermakna terdapat 'hantu' yang menggunakan nama mereka untuk mengundi dengan berbekalkan kad pengenalan palsu. Semua ini boleh dilakukan sebab mereka punya jentera lengkap.

Comments