KEMENANGAN CHUA : IMEJ MCA TERJEJAS TERUK - AH LEK

Bekas Timbalan Presiden MCA, Lim Ah Lek beliau berpendapat reputasi MCA telah terjejas kerana mempunyai seorang presiden yang terbabit dalam skandal video.
Lim, ketika ditemui media selepas perjumpaan dengan 4 bekas pemimpin MCA di sebuah hotel di Kuala Lumpur, menjelaskan bahawa beliau setia kepada parti sejak 42 tahun dan nilai moral yang disemai oleh ibu bapanya telah melarang beliau berdamping dengan parti di bawah kepimpinan baru.
Syabas diucapkan kepada Ah Lek yang jelas menjunjung nilai moral yang tinggi dan teguh pada prinsip. Bagi saya tidak ada gunanya beliau terus bersama parti yang dipimpin oleh pemimpin yang ada sekarang kerana terbukti ahli dan pimpinan MCA tidak mementingkan nilai moral lagi.

Comments