KEBEBASAN MEDIA TERUS BERKUBUR

Kebebasan media di negara kita terus berkubur apabila satu lagi akhbar dinafikan permit penerbitanya iaitu Konsep Era Pakatan. Kementerian Dalam Negeri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak konkrit mengapa akhbar itu tidak disambung permitnya.
Terbukti bahawa kebebasan media di negara kita terus berkubur walaupun pemimpin negara mendakwa kita sedang menuju era negara maju.
Lebih malang lagi, rakyat terus disogokkan dengan laporan berat sebelah yang dihidangkan oleh semua media arus perdana di mana laporan tentang parti-parti selain dari BN sering dimanipulasi untuk menggambarkan keburukan mereka. Berita-berita yang disiarkan oleh media pengampu ini hanya untuk kepentingan BN. Malah etika kewartawanan sering dilanggar dengan memuatkan berita-berita palsu, fitnah dengan menyelewengkan fakta sebenar.

Saya menggesa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri supaya segera memperbetulkan keadaan ini supaya imej negara kita yang buruk dari segi kebebasan media dapat diperbaiki dengan segera.
Tindakan berat sebelah dan tidak demokratik ini tidak memberikan apa-apa kebaikan dengan negara dan rakyat. Jika tujuan kerajaan dan kementerian melakukan perkara ini adalah untuk menghalang rakyat mendapat maklumat sebenar maka bagi saya ia adalah silap. Ini kerana rakyat mempunyai alternatif lain seperti portal berita, blog, facebook dan lain-lain yang tersedia di internet.
Tidak ada gunanya menghalang kebebasan media kerana ianya menimbulkan lebih rasa tidak puashati dan kebencian rakyat kepada BN.
Sementara itu akhbar Konsep Erapakatan yang dinafikan permit penerbitannya akan digantikan dengan Kabar Erapakatan bermula April ini setelah 14 keluaran konsep sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarang, Mat Zahari Ali, jualan akhbar erapakatan meningkat kepada 30,000 keluaran dan sedang berusaha untuk mengeluarkan Akhbar Kabar Erapakatan tiga kali sebulan.

Permit untuk kabar erapakatan ketika ini adalah berbentuk mingguan.

Kabar Erapakatan dijangka akan berada di pasaran pada 4 April ini dan ia dipasarkan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Comments