KEADAAN TERKAWAL DI SEMUA 48 PETI UNDI

Keadaan dilaporkan terkawal di semua 48 buah pusat pengundian. Walaupun penyokong kedua-dua parti dilihat 'bertempur' untuk mendapatkan sokongan pengundi namun mereka masih dapat mengawal emosi masing-masing. Polis juga ditempatkan di semua pusat pengundian bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku.

Pelbagai perkataan dijerit oleh para penyokong PR antaranya APCO, Altantuya, Kapal Selam dan sebagainya.

Penyokong BN pula membalas dengan kaki liwat, pengkhianat dan lain-lain.

Pengundi-pengundi berpusu-pusu keluar mengundi, tidak ada tanda-tanda bahawa mereka terganggu dengan tindakan perayu undi. Kebanyakan mereka hanya tersenyum dan mengangguk-angguk kepala apabila diminta oleh petugas parti untuk mengundi calon masing-masing

Comments