INI HABUAN UNTUK PALANIVEL?

"Itu perkara biasa" itu jawapan seorang pemerhati politik bila diajukan berita bahawa Timbalan Presiden MIC yang dimalukan iaitu Palanivel kemungkinan besar akan dilantik seabagai Senator dan seterus masuk semula menjadi anggota kabinet.

"Dalam BN cara tradisional untuk memujuk pimpinannya yang merajuk ialah memberikan pangkat, kuasa, projek dan sebagainya. Tidak mustahil semua ini, mereka ada kuasa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu".

"Apa juga jawatan mereka boleh ujudkan untuk diberikan kepada kroni dan orang mereka tanpa memikirkan bahawa duit gaji, elaun dan sebagainya adalah duit rakyat" tegas pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan.

Media hari ini melaporkan bahawa Palanivel dijangka dilantik sebagai senator minggu depan sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pengerusi BN Hulu Selangor itu juga akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Comments

Jati Diri said…
Bro,

Sama lah seperti calon kaki botol di Hulu Selangor yang kalah. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Petugas FELDA negeri Selangor.

Dia kalahkan...?
Anonymous said…
Salam,
1.Anapun hairan dgn anta....apapun yang BN buat tak betul...ishk,,,iskh....

2.BN dan APACO versi Anwar diangkat...bila dibalas oleh Ezam..fitnah pula... 2 x iskh..isk...

3.Biarlah nak lantik sapa2pun...tak usah jadi isu politik....

layarbiru15@gmail.com