Sehari dua ini riuh rendah pasal ADUN-ADUN BN ditawar menjadi Menteri Besar di Perak. Dua hari lepas Zambry menyatakan bahawa ada pihak menawarkan jawatan MB kepada beliau jika beliau melompat menyertai PR.
Semalam bekas MB Perak, Tajol Rosli pula mendakwa perkara yang sama. Hebat sungguh YB-YB Umno/BN ini sehingga semua orang mahukan mereka menjadi Menteri Besar. Semua ini diceritakan dengan panjang lebar oleh media pengampu BN.
Namun bila kita membongkar rahsia bahawa ADUN dan Ahli Parlimen PR ditawarkan dengan wang jutaan ringgit, media ini diam seribu bahasa dan tidak memuatkan cerita ini. Beginilah hebatnya media pengampu ini.
Saya juga hairan dengan SPRM yang langsung tidak berminat untuk menyiasat dakwaan wakil rakyat PR bahawa mereka hendak disogok dengan wang jutaan ringgit oleh ejen-ejen BN. Siapa sebenarnya SPRM ini ................
Comments
-Pemerhati Gelagat Ko, Melaka.