EZAM DAH DAPAT HABUAN

Selepas beberapa lama melompat parti menyertai Umno, Ezam Mohd Nor mendapat upah dan habuannya apabila di'hadiah'kan dengan jawatan Senator oleh Najib Razak. Selepas lebih rancaklah Ezam 'berkokok' ke sana ke mari dengan jawatan barunya.

Segala prinsip dan maruah beliau habis tergadai hanya kerana habuan dunia.

Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Comments