DAKWA BERAHIM PERKASAM

Pelbagai pihak terguris dengan kenyataan berbaur perkauman yang dihamburkan oleh Presiden Perkasam, Berahim Al Lompati yang menyatakan pengundi Cina tidak bersyukur kerana tidak menyokong BN pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.

Gan juga berkata kenyataan itu juga berunsur hasutan

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.

Malangnya Umno diam seribu Bahasa dengan kelantangan Berahim Al Lompati ini. Apakah Umno mempunyai pendirian yang sama? Sebab itu mereka membiarkan sahaja Berahim bercakap ikut sedap mulut.

Comments