BN PENING KEPALA, ZAID PILIHAN PR

Pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Parlimen Hulu Selangor memberikan tamparan hebat kepada BN yang masih terkial-kial memilih calon yang sesuai. Zaid seorang Peguam terkenal dan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dilihat calon yang sesuai untuk membawa aspirasi pelbagai kaum di negara kita. Latarbelakang, pandangan dan pengalaman beliau dilihat mampu meraih sokongan padu dari pelbagai bangsa dan golongan.

Berasal dari Kelantan, beliau dilihat seorang pemimpin berprinsip dan tegas dalam pendirian beliau.

Walaupun ada di kalangan penyokong akar umni di Hulu Selangor yang lebih cenderung supaya orang lain di pilih menjadi calon PR namun mungkin atas strategic politik Zaid di pilih. Pemimpin PKR mungkin merasakan Zaid mampu meraih sokongan lebih dari calon-calon lain yang disenaraipendekkan.

BN sebenarnya sedang menghadapi masalah untuk memilih calon kerana MIC tetap mahukan Timbalan Presidennya, G Palanivel dipilih sebagai calon manakala Umno mahukan Timbalan Ketua Pemuda MIC, Mugilan dipilih mewakili BN.

Ramai pemerhati berpendapat jika Palanivel tidak dipilih akan ada undi protes dari kalangan tertentu yang tidak berpuashati dengan pemilihan Mugilan.

Comments

hj jamaludin said…
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kita selalu hentam UMNOBN kerana mendewa -dewakan Yb YB Katak seperti Ibrahim Ali,Zul Kulim ,Zahrain DLL katak . Tapi bila PKR ingin menamakan Zaid ( Bekas Ahli UMNOBN ), kita pakat sokong dan mengatakan inilah orang yang terbaik segalanya untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Zaid Ibrahim pun spesis katak malah pernah untuk membawa kes Hukum Hudud ke Mahkamah jika Negeri Kelatan menlaksanakan Hukum Hudud. Apa orang macam Zaid Ibrahim boleh ke Pakatan Rakyat mempercayai ketulusan hatinya untuk kekal dalam Pakatan Rakyat jika beliau menang dalam PRK . Aduh TGNA tolong nasihati DSAI ini jangan membabi buta memilih calon untuk bertanding di PRK Hulu Selangor.So bukan UMNOBN harus takut dengan perlantikkan Zaid Ibrahim untuk bertanding di PRK Hulu Selangor . Sepatutnya orang Melayu terutama orang PAS yang patut takut spesis katak seperti Zaid Ibrahim yang terang terang menolak hukum Hudud . apa orang PAS mudah lupa ke?