BN BERPECAH, MCA KELUAR DEWAN ANGKARA UMNO PERLEKEH KAUM TIONGHUA

Tindakan Ketua MCA Bahagian Kapar bertindak keluar Dewan Persidangan pada Konvensyen BN jelas mencerminkan bahawa perpaduan dalam BN semakin hari semakin longgar. Semua ini gara-gara semangat perkauman dalam parti-parti komponen BN seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Insiden sedikit sebanyak mencacatkan usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam.
Kira-kira 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu bersama Ketua mereka.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon oleh Malaysiakini berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanyNONEa lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

Terbukti parti-parti komponen BN masih berjuang untuk kepentingan kaum dan parti masing-masing.
Mereka masih mengamalkan stail politik lama dengan mengapi-apikan semangat perkauman sempit masing-masing dan ini bertentangan dengan slogan retorik Najib, 1Malaysia.

Selain itu makluman dalaman BN juga menyatakan bahawa tindakan ahli MCA keluar dewan juga kerana tidak berpuashati dengan ucapan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mendakwa bahawa golongan bukan bumiputera bernasib baik diberi taraf kerakyatan Malaysia.
Selain itu Ketua MCA itu juga mendakwa kerusi-kerusi tetamu di atas pentas dikhas hanya untuk pimpinan Umno dan tetamu mereka sahaja.
Maka terbukti bahawa pemimpin-pemimpin BN mempunyai semangat perkauman yang sangat sempit sehingga mengguris hati rakan seketiduran mereka sendiri.

Comments

azman kamarul said…
sulitsekaliSalam.

Ini natijah yang didoakanoleh TGNA iaitu doa untuk "pecah perut Najib" yang mana doa ini telah dieksploitasi oleh puak umno dari tahap jkkk sampai kepada presidennya.

Bukankah apa yang dilakukan oleh MCA ini telah "memecahkan" perut najib?..Pencacai umno dan pak ampu-pak ampu umno memang "kurang cerdik". bukankah ini yang dimaksudkan "pecah perut itu?
azreen said…
perlekeh..apa sumbangan mca pada umno pada pru 12???