BETULKAH 'PERKASAM' BERJUANG UNTUK MELAYU

Perkasa atau nama mesra mereka saya panggil 'PERKASAM' bukan main marah kepada pengundi Cina kerana tidak mengundi calon BN Kamalanathan pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu.

Lantas Pengerusi Perkasam, Berahim Al Lompati menggesa kerajaan menilai semula bantuan untuk kaum Cina. Malah beliau menuduh kaum Cina sebagai TIDAK BERSYUKUR. Kalau begitu pegangan dan minda Berahim ini nampaknya beliau juga mungkin menganggap semua yang tidak mengundi BN sebagai rakyat yang tidak bersyukur termasuk pengundi beliau sendiri di Pasir Mas yang mengundi PAS pada PRU 2008 yang menyebabkan beliau menang dan menjadi Wakil Rakyat sekarang. Kalau macam itu, Orang Kelantan negeri asal Al Lompati juga tidak bersyukur tidak mengundi BN pada 2008.

Cetek sungguh pemikiran Al Lompati ini sehingga perkara sedemikian pun tidak dapat difikirkan oleh beliau. Dek kerana ingin membodek dan mengipas Al Lompati tidak dapat berfikir secara waras. Orang Umno sendiri tidak setuju dengan pandagan esktrim beliau ini termasuk Khairy Jamaluddin. Kalau hendak membodek pun biarlah logik dam diterima akal. Jangan sampai orang melihat kita bingung dan bangang. Nampak Al Lompati lebih Umno dari orang Umno sendiri. Inilah yang kita katakan orang GILA TALAK semua perkara yang tidak masuk akal pun di boleh buat.


Saya harap Al Lompati dapat kembali waras dalam mengeluarkan kenyataan takut-takut nanti budak-budak tadika pun gelakkan beliau nanti.

Seperkara ini saya juga mengapa Al Lompati @ Perkasam tidak menyokong dan berkempen untuk Zaid Ibrahim kalau betul Perkasam berjuang untuk Melayu. Bukankan Zaid itu Melayu. Jadi kalau betul Al Lompati Ultra Melayu mengapa beliau terhegeh-hegeh berkempen untuk 'Kamal' Anathan. Memang muka tidak malu betul Al Lompati ini.

Timbul pertanyaan dalam diri saya Perkasam ini berjuang untuk Melayu atau untuk Berahim Al Lompati. ????Kasihan ahli Perkasam dipermainkan oleh Brahim Al Lompati.

Comments

Unknown said…
saya kalau jumpa Brahim Ali Alkataki ni rasa nak bg penampar biar dia sedar sikit

1) khianat amanah rakyat sendiri. tanding di Pasir Mas guna jentera dan nama PAS, bila dah menang bpaling tadah.

2) khianat PR yang bg kerpercayaan pada dia wakili rakyat Pasir Mas

3) main isu melayu2. tapi bila UM NO calon bukan melayu MIC di kawasan majoriti Melayu, diam pulak. nampak sgt hipokrit

4) main isu melayu tapi jarang sekali bangkit isu nak pertahan perlembagaan berkaitan hak melayu. Salah satu hak sy nantikan adalah hak untuk semua pelajar melayu mendapat biasiswa kerajaan scr automatik

5) kata melayu2.. tp apa dia buat bila APCO bermaharajalela. Kita anggap dia jenis tak menyerang selagi tak ada bukti. Tapi kenapa dlm kes yang sama misalnya UMNO BN lemparkan tuduhan pada Anwar kononnya agen Yahudi, dia menyerang Anwar jika betullah dia bsikap menunggu ada bukti br bertindak.

6) apa usaha PERKASAM ( PERKASA ) menolong bangsa melayu. ada tak inisiatif untuk mitak kerajaan peruntuk ruang niaga untuk melayu dia bandar2 besar, shoping mall cam KLCC. knp PERKASAM x tlg melayu yg kena halau pengurususan KLCC milik PETRONAS gara2 mementingkan jenama unggul untuk bertapak di KLCC

7) knp PERKASAM bersekongkol dengan Tun M yang byk merugikan org melayu antaranya pengenalan dasar meritrokasi, dasar P&P sains dan mate dlm bi, menghapuskan kuota melayu di IPTA, dasar pemberian tender kepada ahli melayu UMNO yang menyebabkan peluang untuk org2 melayu lain tertutup dan dasar2 lain yg byk merugikan melayu. Apakah ke 2-2 org ini Hipokrit ? Knp PERKASAM tidak menyerang Tun M sebaliknnya menjemput Tun M sbg perasmi majlis2 nya

8) Siapakah orang2 di belakang PERKASAM ? adakah betul2 non partisan atau org2 UM NO putra

9) Apakah sbg ahli parlimen, ahli dewan rakyat, antara individu yang btanggungjawab membahas,menyokong dan melulus peruntukan undang2, Ibrahim Ali tdak dpt membezakan antara wang parti dan wang kerajaan, tanggungjawab kerajaan dan tanggungjawab rakyat ? knp menafikan bantuan kepada kaum Cina jika mereka enggan menyokong. Jika paksa menyokong selepas memberi bantuan. Bukankah itu rasuah namanya.

lain2 sila tambah.. byk lg sy nak ckp tp sakit hati ngan Ibrahim Ali. ingat tok guru bg dia chance dia insaf, tp sanggup dia tikam tok guru dr belakang. DASAR TAK KENANG BUDI..

Ibrahim Ali ni bg saya hanya melayu tapi bukan melayu yang betul2 memahami apa Islam ajarkan. Dalam Islam kita kena bersikap adil kepada semua tak kira sekalipun berlainan kaum atau agama.