Semalam Anwar pada Sidang Parlimen membongkar beberapa perkara yang cukup menyayat hati kita semua dalam isu pembabitan APCO dan beberapa orang Yahudi yang diberikan kontrak sebagai Konsultant di Bukit Aman.
Anwar dengan jelas memberikan nama, surat dan tarikh yang lengkap tentang pertemuan, mesyuarat dan dokumen yang digunakan dalam isu tersebut. Beberapa pegawai-pegawai atasan dan menteri juga disebut oleh Anwar.
Menurut beliau mempunyai maklumat yang lebih banyak tetapi cukup sekadar itu dahulu kerana beliau mahu melihat reaksi dan jawapan dari Menteri Dalam Negeri.
Lebih menarik lagi kalau sebelum ini Ahli Parlimen BN termasuk Khairy Jamaluddin dan Tajuddin Abdul Rahman begitu lantang membidas Anwar, tetapi semalam mereka menikus mungkin kerana tidak menyangka Anwar mempunyai bukti dan fakta yang lengkap seperti itu.
Mereka bagaikan cacing kepanasan dan terpaksa menikus kerana tidak mempunyai idea untuk menjawab masalah yang serius begitu.
Beberapa Ahli Parlimen PR yang mencelah mengajak seluruh Ahli Parlimen BN supaya sama-sama menyokong agar kontrak APCO dan kuncu-kuncunya dibatalkan serta merta. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad dengan nada yang syahdu dan lembut mengajak semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bersatu membantah dan tindakan kerajaan dan sama mendesak agar kontrak itu (jika ada) dibatalkan dengan serta merta.
Comments
disebabkan kebodohan dan kerakusan kedua-dua kerajaan dan pembangkang yang menanggung kesannya adalah negara n rakyat..
bila mata anwar lebam,mahathir kata anwar tumbuk sendiri. Terbukti akhirnya Ketua Polis sendiri yang menumbuk Anwar
bila anwar dedah hal video lingam media kerajaan nafikannya. akhirnya terbukti betul apabila Suruhanjaya DiRaja yang mengesahkannya.
bila Anwar persoal harga kapal selam Scorpene berbilion trmsk komisen 500juta,kerajaan sekali lagi bingkas lawan.Akhirnya terbukti kapal selam x boleh dibeli x boleh menyelam.
banyak lagi, tapi x bolehkah kita sebagai rakyat lebih skeptikal dan kritis dlm hal pengurusan negara.
Kata Saidina Ali,lihat apa yang dicakap,bukan siapa yang bercakap...
Just my 50 cents