Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.
Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.
Tindakan ADUN Umno ini sudah tentu akan dikenang sampai bila-bila kerana ia membuktikan bahawa Umno lebih mementingkan emosi dan kepentingan politik dari kepentingan rakyat. Mengapa dalam hal kepentingan rakyat sebegini pun Umno tidak mahu bersama dengan rakyat Kelantan. Semua orang tahu orang Kelantan sangat menyanjung tinggi semangat mempertahankan hak mereka dan tindakan Umno ini amat bertentangan dengan sifat dan perangai orang Kelantan.
Malah dalam kajian yang dibuat baru-baru ini kira-kira 85 % rakyat Kelantan menyokong tuntutan royalti ini. Jadi sah Umno menempah maut di Kelantan.
Comments
Sebenarnya sokongan mereka menyuruh kes di bawa kemahkamah itu hanya perangkap sahaja.
Kerana mereka tahu jika di bawa ke mahkamah, tuntutan Royalty akan ditolak oleh Mahkamah. Sekarang tembelang telah pecah, mana mau lari.
Insya Allah PAS akan menang dengan isu ini. Amin.
Apa-apapun silalah layari laman blog saya di
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
dan
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
Semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala amalan kita. Amin.