UMNO CHERAS MAIN ISU LAPUK

UMNO Bahagian Cheras menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama yang sanggup menggadaikan pengetahuan agama demi kepentingan politik.

Di samping itu Umno Cheras juga menggunakan isu lama iaitu menjual pengetahuan agama yang ada untuk menghalalkan perjuangan Pas dan juga menuduh Tuan Guru mengkafirkan orang lain, terutamanya UMNO.

Ternyata Umno Cheras menggunakan isu lapuk untuk menghentam Tuan Guru sedangkan isu kafir mengkafir sudah lama berkubur. PAS tidak pernah mengkafirkan Umno, namun Umno sering terasa apabila PAS bercakap soal hukum. Siapa makan cili dia terasa pedas.

Comments