TNB JANGAN KHIANATI RAKYAT, JANGAN SABOTAJ PROGRAM PR

Diberitakan program Datuk Seri Anwar Ibrahim disabotaj oleh TNB. Benar atau tidak tuan-tuan kena periksa dahulu.

Tetapi yang pasti lampu padam secara tiba-tiba ketika Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan 800 orang rakyat disebuah restoran di Mersing semalam. Dalam 5 minit Anwar berceramah, bekalan elektrik padam.

Ketua Pemuda AMK Johor, Zabidie Abas mendakwa belum sempat juruteknik TNB keluar dari kerja khianat, mereka diserbu oleh petugas PR. Akhirnya dalam 3-4 minit mereka akur dan menyambungkan semula bekalan elektrik.

Bagi saya kerja jahat TNB ini seperti didakwa Zabidie merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat kerana TNB seolah-olah turut sama berpolitik dan menjadi cawangan kepada Umno. Jika benar TNB ingin berpolitik saya cadangkan CEO TNB meletakkan jawatan dan bertanding sebagai calon BN pada Pilihanraya Umum akan datang.

Comments

Loyar Baru said…
Selalunya puak yang terdesak dan takut akan melakukan perkara-perkara yang menzahirkan apa yang terpendam didalam dada mereka . Walau apa pun penafian yang akan dibuat tetapi ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS !