TAHNIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ DAN DR HARON DIN

Saya sebagai anggota parti mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din kerana diamanahkan sekali lagi jawatan Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

Semoga PAS terus utuh di persada politik Malaysia dan dunia. Insya Allah hasrat dan cita-cita kita untuk mendaulat Islam dan kebenaran di negara kita akan tercapai. PAS semakin diterima oleh semua kaum dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sesuai dengan slogan PAS FOR ALL.


Comments