TAHNIAH SAPP KERANA TEGAS DAN ISTIQAMAH

Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) yang tetap setia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR). Malah di Parlimen SAPP juga tetap menyokong PR untuk menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional yang ada ketika ini.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee berkata pendirian SAPP kekal di mana SPP keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN dalam menyelesaikan masalah sabah yang semakin hari semakin buruk.

Menurut beliau, sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah.

Inilah contoh seorang pemimpin yang tegas dan berprinsip tidak seperti sesetengah pemimpin yang bila susah dan digertak mudah luntur perjuangannya. Adalah diharapkan SAPP akan terus bersama-sama dengan PR bagi menumbangkan BN di Sabah dan Malaysia.

Comments