TAHNIAH KEPADA RAKYAT : PEMBENTANGAN GST DITANGGUHKAN

Pembentangan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kali kedua dan ketiga yang dijadualkan pada sesi Persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin ini akan ditangguhkan.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, penangguhan itu kerana kerajaan masih lagi mengumpul pandangan, penerimaan dan maklum balas rakyat mengenai dasar tersebut.

Tahniah saya ucapkan kepada rakyat kerana kejayaan memberikan tekanan kepada kerajaan BN yang sememangnya tidak pernah mempedulikan nasib rakyat. Penangguhan ini membuktikan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menekan kerajaan supaya tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan sewenang-wenangnya.

Namun begitu rakyat jangan leka dengan keputusan ini kerana sudah menjadi kebiasaan bagi kerajaan BN bahawa mereka berundur setapak dalam berbagai isu sebelum ini tetapi mereka bangkit seribu langkah ke hadapan selepas itu.

Saya tidak hairan kalau selepas ini kerajaan BN selepas ini meneruskan rancangan memperkenalkan GST kerana inilah antara cara bagi mereka untuk mengaut duit rakyat dengan mudah. Dianggarkan kerajaan akan mendapat sekurang-kurangnya RM1 bilion dari cukai GST ini jika ia dikuatkuasakan.

Rakyat susah kerajaan senang.

Comments