SURAT LAYANG : JANGAN HARAP KAMI TERPENGARUH

Tengahari ini saya menerima surat layang dari diposkan dari Kuala Lumpur. Semua isi kandungannya ditaip mungkin untuk mengelakkan tulisan tangan si pengirim dikenali oleh penerima. Antara isi kandungan surat tersebut ialah menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang di samping melaga-lagakan beliau dengan pemimpin DAP Melaka yang lain.

Motif sebenar surat tersebut bagi saya ialah untuk memburuk-burukkan Guan Eng dan juga memecahbelahkan PR disamping melaga-lagakan sesama pemimpin DAP.

Isteri Guan Eng, YB Betty Chiew juga turut dihentam dalam surat tersebut.

Cuma saya ingin nyatakan kepada pengirimnya adalah lebih elok beliau meletakkan nama sebenar supaya kami dapat mengkaji samada benar atau tidak tuduhan tersebut. Jika tiada minta maaf lah .....saya akan bakulsampahkan sahaja sebab sudah pasti ianya tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tiada asas.

Comments