STADIUM RUNTUH : SIAPA BERSALAH HERET KE MAHKAMAH

Kegagalan semua pihak yang dilantik membina Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu, mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun lalu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Jadi jika benar semua pihak bersalah maka sila dakwa semua mereka, jangan ada yang terlepas. Jangan hangat-hangat tahi ayam, lepas diam tanpa tindakan. Bukan sedikit duit rakyat hangus begitu sahaja disebabkan kelalaian dan kelemahan pihak berkenaan.

Saya juga mengingatkan pihak berkuasa supaya menyiasat Idris Jusoh, Exco dan semua yang terlibat. Jika Idris dan Exconya terlibat heret mereka ke mahkamah, jangan biarkan seorang pun petualang yang menyebabkan stadium ini runtuh.

Dalam kejadian tersebut, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Ia berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Menteri besar berkata, laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak yang dilantik membina stadium tersebut, menyumbang kepada keruntuhan bumbungnya

Comments