SIAPA ULAMA UPAHAN LAWAN YUSOF QARDHAWI

Umno/BN sudah tentu akan mencari ulama upahan untuk menentang dan menangkis fatwa Ulama' tersohor dunia Dr Yusof Al Qardhawi. Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Umno sepatutnya menerima fatwa Al Qardhawi itu dengan terbuka kerana mereka jugalah yang menabalkan Al Qardhawi sebagai tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu. Takkanlah tokoh yang disanjung oleh Umno/BN dari segi keilmuan itu tidak dipercayai oleh Najib dan kuncu-kuncunya termasuk Al Sheikh Jamil Khair.


Anwar dan PKR sedang mengedarkan VCD fatwa Al Qardhawi yang berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita.

Video selama 33 minit itu dirakamkan di kediaman Al Qardhawi di Doha dan diterjemahkan oleh ahli jawatankuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.

Saya yakin Umno/BN sekarang sedang mengumpul maklumat untuk menangkis hujah dan dalil Al Qardhawi yang dimuatkan dalam VCD itu. Siapakah ulama' upahan Umno, apakah Harussani, Jamil Khir, Hamid Othman, Masyitah atau mungkinkah ulama' dari negara luar.

Comments