SATU LAGI PENEMPATAN MELAYU BAKAL GHAIB

Sebuah lagi kawasan penempatan Melayu bakal ghaib di Melaka. Ini kerana beberapa buah rumah orang Melayu bakal diambil alih oleh kerajaan negeri Melaka atas alasan pembangunan. Mahu tidak mahu mereka terpaksa 'menggadaikan' tanah kepunyaan mereka kepada kerajaan. Apa kuasa yang ada pada mereka untuk menghalang kerajaan dari mengambilalih tanah mereka. Apa yang mereka boleh buat ialah terima sahaja tawaran kerajaan.

Inikah kerajaan yang dikatakan menjaga kepentingan orang Melayu sedangkan tanah kepunyaan orang Melayu semakin berkurangan di negeri ini kerana diambil alih oleh kerajaan atas alasan pembangunan yang majoritinya merugikan orang Melayu.

Kawasan yang akan diambil alih ini ialah sebuah penempatan orang Melayu yang strategik di antara Kampung Bukit Pulau dan Kg Ku Sayang di Bukit Baru. Seramai 31 tuan tanah akan terlibat dengan pengambilalihan ini.

Saya sebagai seorang Melayu memohon kerajaan negeri ini berfikir dua kali sebelum mengambil kawasan ini demi kepentingan orang Melayu di kawasan ini yang saiz pemilikan tanah oleh orang Melayu semakin kecil di kawasan tersebut. Apa lagi yang akan tinggal jika semuanya hendak diambil dan dimajukan sedangkan kemajuan itu tidak memberikan manfaat kepada orang Melayu!!!

Comments