SAMY VELLU MASIH BELUM SEDAR DARI TIDUR

Terbukti Presiden Parti Samy Vellu (PSV), Datuk Seri Samy Vellu masih belum sedar bahawa sebenarnya MIC telah ditolak dan dihumban oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12. Sehingga kini Samy Vellu masih perasan bahawa MIC tetapi disokong oleh rakyat. Sedangkan pada Pilihanraya Kecil Lunas pun MIC kalah teruk di tangan calon PKR, S Manikumar.
Hari ini Samy Vellu masuk bakul angkat sendiri sekali lagi.
Beliau menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Dengan muka yang yakin Samy Vellu berkata beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Menurutnya Parti Samy Vellu (PSV) telah pun keluar daripada masalah, beliau berharap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini.
Samy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru sekolah Tamil Jalan Tepi Sungai di Klang hari ini.

Comments