Ramai menjangkakan bahawa Perdana Menteri akan membuat rombakan kabinet selepas Presiden MCA, Ong Tee Keat tewas pada pemilihan parti itu semalam. Menteri Pengangkutan itu tewas teruk apabila hanya mendapat 578 undi berbanding Chua dan Ka Ting yang mendapat 901 dan 833 undi masing-masing.
Jika mengikut tradisi Presiden MCA akan dilantik menjadi Menteri kabinet. Jika Najib tidak mahu menggantikan Tee Keat sekalipun saya yakin bekas Presiden MCA itu akan meletakkan jawatan. Chua pula terpaksa dilantik menjadi Senator jika mahu masuk kembali ke dalam kabinet.
Seperkara yang menarik ialah apakah Najib mahu melantik Chua menjadi menterinya? ...........................kerana mungkin ada rakyat yang memandang sinis dengan perlantikan ini kerana 1Malaysia sudah tahu cerita Chua sebelum ini.
Comments