PERHIMPUNAN PR SAMPAI BILA PUN TAK ADA PERMIT

Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menghentikan seketika majlis makan malam sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat (PR) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di Kuala Lumpur malam semalam kerana penganjur tidak mempunyai permit mengadakan ceramah di luar dewan itu.

Ketika ditemui pemberita kemudian, pemangku Ketua Polis Dang Wangi ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis mendapati penganjur majlis itu tidak mempunyai permit untuk menyampaikan ceramah di luar bangunan. on

Saya hendak bertanya kepada Polis bila pula Polis memberikan permit kepada PR bagi mengadakan perhimpunan di KL. Semua permit perhimpunan yang dipohon akan ditolak. Jadi apa guna memohon kalau kita sudah tahu akan ditolak.

Lebih malang lagi perhimpunan di dalam premis persendirian pun ditolak hatta premis kerajaan negeri yang sah juga tidak diluluskan......Saya harap pada masa akan datang pihak Polis bersikap lebih adil lebih-lebih lagi Polis baru dapat naik gaji.

Comments

bat8 said…
Biaq pi la kat depa sementara ada kuasa. Bila Pakatan memerintah nanti, kita buat kat depa pulak. Bukan nak balas dendam tetapi sekadar nak tengok camne kebingungan depa bila PRU dan water cannon dihala kat depa pulak.

Kadang-kadang mangkok hayun ni kena bagi rasa kat depa apa yang depa buat kat orang. Itulah pengajaran yang terbaik nak sedaqkan depa


bat8
sSalam ..saudara bat8
Kalau kita juga buat sama seperti yang mereka buat .. bermakna tiada bezanya diantara kita dan mereka..Buatlah seperti mana yang Rasulullah ajar kepada kita bahawa berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita..dan lambat laun mereka akan sedar juga tentang kezaliman serta kejahatan yang telah mereka lakukan selama ini. ...tentang nak suruh mereka rasa , apa yang kita rasa bagaimana apabila water canon dihala kepada kita...biarlah di akhirat sana ada pembalasannya...

Bak kata Ust Tuan Ibrahim Tuan Man semasa memberi ceramah di Bukit Katil ," setiap perbuatan ada pembalasannya, sekarang mereka simbah kita dengan trak FRU, nanti di akhirat sana , kita pulak ramai-ramai naik trak FRU , simbah water canon depa pulak...