PEMUDA AMK PATAH TANGAN DIKERJAKAN ....???

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin melaporkan bahawa seorang aktivis AMK, Tahir, skuad AMK Hulu Selangor patah tangan dan koyak baju dalam insiden di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Kekecohan berlaku pada majlis perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur apabila polis cuba menyuraikan Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan. Penyokong PR berang dan melaungkan slogan ‘reformasi’ sambil bertakbir apabila Polis mula menyuraikan perhimpunan itu.

Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengagalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar

Comments

Anonymous said…
Dulu-dulu org awam berada dlm keadaan tidak aman bimbangkan konumis yg dikatakan sebagai pengganas. zaman sekarang org awam masih lagi tidak aman kerana takutkan polis yg semakin mengganas. Sampai bila negara nak aman. penjaga keamanan dah jadi pengganas lagi 2, 3 tahun lagi mungkin tentera pula akan di kerah utk mengganas bagi menghalalkan cara pemerintahan sesat pemerintah negara.