Parti-parti berasaskan perkauman seperti Umno, MCA, MIC dan lain-lain bakal berkubur jika mereka terus memainkan isu perkauman sebagai taktik untuk menarik sokongan. Ini kerana rakyat Malaysia hari ini dan akan datang sudah celik politik dan faham bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh lagi berjuang atas assabiyah dan perkauman sempit. Parti-parti itu tidak boleh hidup dengan membakar api perkauman kerana ianya jelas merbahaya dan ketinggalan zaman.
Umno, MCA dan MIC terbukti sudah lapuk dan ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan politik perkauman sempit sesuai dengan nama parti masing-masing iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysia Indian Congress yang dengan jelas menggunakan nama kaum parti mereka.
Rakyat sudah faham dan muak dengan telatah ketiga-tiga parti tersebut yang sering mengapi-apikan semangat perkauman masing-masing untuk meraih sokongan. Umno dengan kononnya semangat Melayu yang hebat mengapi-apikan orang Melayu dengan slogan pertahankan orang Melayu, DEB, pertahankan tanah Melayu dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama membiarkan orang Melayu terus miskin, mundur dan ketinggalan. Yang maju, kaya, hebat dan masyhur adalah kroni-kroni Umno.
Begitu juga dengan MCA dan MIC.
Petunjuk jelas bahawa masa depan parti-parti perkauman ini gelap ialah keputusan Pilihanraya Umum 12 di mana MCA dan MIC ditolak rakyat di mana kedua-dua parti itu tewas teruk dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Manakala Umno hanya dapat bertahan di kawasan luar bandar dan ulu.
Tidak syak lagi jika mereka tidak mahu berubah manakala kerajaan BN tidak mahu mengamalkan demokrasi dan keadilan sepenuhnya maka mereka akan dimasukkan ke muzium oleh rakyat.

Comments