NEGERI PR JAUH LEBIH BAIK DARI BN

Selangor

1) mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 bilion tahun lalu.

2) mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 7 peratus tahun ini, berbanding penguncupan sebanyak 3.87 peratus pada 2009.

3) mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya

4) menggariskan peruntukan sebanyak kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari kerajaan negeri mahupun sumbangan individu," menurut kenyataan tersebut.

Pulau Pinang

1) merekodkan lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta, selain kelulusan sebanyak 104 projek industri.

2) mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.

3) Bantuan kewangan kepada SAR berjumlah RM97,000 setiap sekolah, RM60,000 setiap sekolah Cina dan RM63,000 setiap sekolah Tamil.

4) berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun serta menjamin bantuan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap keluarga.


Kedah

1) menggariskan jumlah pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta sehingga September tahun lalu.

2) Kini dengan keluasan 1,000 hektar, kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai setiap tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu setiap tan metrik.

Kelantan

1) Berjaya mengadakan program kebajikan, termasuk program Kifalah, Perbadanan Ladang Rakyat, dan juga pembangunan Bandar Baru Tunjung sebagai sebuah pusat komersil baru.

2)berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

3) PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990


BANYAK LAGI SEBENARNYA KEJAYAAN NEGERI PR INI SELAIN YANG DIGARISKAN DI ATAS.


Rakyat di empat negeri berkenaan turut menunjukkan perpaduan kaum yang lebih kukuh walau berdepan dengan "masalah perkauman yang meruncing."

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat.

Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi," menurut kenyataan yang diedarkan biro komunikasi PKR itu lagi.

Sumber : Malaysiakini

Comments