NAJIS DAN YANG BUSUK PATUT DITAPIS KELUAR

Najis dan apa sahaja yang busuk dalam PR patut ditapis keluar agar ianya tidak menjadi pengacau dan duri dalam daging.
Sejak akhir-akhir ini individu-individu pengacau ini menggunakan kedudukan mereka sebagai ahli parlimen menghentam PR dari segenap segi dan mereka ini diberikan ruang seluas-luasnya oleh media kerana ianya memberikan kelebihan kepada BN.
Niat dan tujuan BN hanya satu iaitu untuk memburuk-burukkan PR di mata rakyat. Persepsi rakyat kepada PR juga bertambah buruk, maka mudahlah untuk BN menang pada PRU 13 akan datang.

Comments

Anonymous said…
Kenapa pula kesian untuk melihat BN/UMNO jadi pembangkan di Parlimen...