Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang melompat memasuki 'Parti Katak' hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.
Ini bermakna Mohsin berani berdepan dengan rakyat dan bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman berikutan dari solat hajat yang akan dilakukan oleh Ustaz Ahmad Awang dan rakyat Bagan Serai.
Kita mengucapkan 'syabas' kepada Mohsin di atas keberanian beliau tersebut. Jawapan beliau memudahkan Ustaz Ahmad Awang dan rakyat Bagan Serai membuat keputusan samada mahu meneruskan niat mereka melakukan solat hajat atau tidak.
Dalam kenyataanya hari ini, Mohsin berkata beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
Saya cadangkan supaya Mohsin bersama-sama mendirikan solat hajat tersebut bersama-sama dengan rakyatnya bagi memohon petunjuk dari Allah.
Comments