MEMBELA PENEROKA FELDA JADI KESALAHAN?

Apakah membela peneroka Felda menjadi kesalahan sehingga ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah.? Pelik tetapi benar. Itulah yang berlaku kepada AJK PAS Pusat Mazlan Aliman yang ditahan semalam atas alasan menceroboh kawasan Felda. Bila pula kawasan Felda menjadi kawasan larangan. Bukankah negara kita negara bebas dan rakyat berhak menyuarakan pandangan kepada kerajaan.

Harakahdaily melaporkan bahawa Mazlan Aliman ditahan satu hari atas untuk siasatan kerana dakwaan menceroboh Felda Lembah Klau.(Baru saya tahu Felda Lembah Klau kawasan larangan?????)

Difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda berkenaan untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.

Pagi tadi, Mazlan dibawa ke Mahkamah Majistret di hadapan Siti Hajar Mustaffa untuk proses tahanan reman.

Yang Dipetua PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Manaf ketika dihubungi mengesahkan Mazlan ditahan selama satu hari untuk siasatan dan esok sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal menyeru penyokong Pakatan Rakyat terutamanya ahli PAS hadir beramai-ramai di mahkamah pagi esok bagi memberikan sokongan kepada Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Comments