MELAKA MAJU 20 OKTOBER 2010 (20-10-2010)

Ada maklumat yang saya perolehi bahawa Melaka akan diisytiharkan sebagai negeri maju. Samada ianya benar atau tidak saya pun tidak pasti. Jadi jika anda mempunyai maklumat bolehlah sampaikan maklumat itu kepada saya.
Bagi saya sudah tentu rakyat gembira dengan status baru Melaka ini. Tetapi saya sendiri tertanya-tanya benarkan Melaka sebuah negeri maju dari kacamata Islam?
Adakah kerajaan negeri hanya membuat ukuran kepada kemajuan fizikal semata-mata tanpa melihat pembangunan insan?
Bagaimana dengan bilangan anak luar nikah yang dilahirkan di Melaka seramai 393 orang tahun lalu?
Bagaimana dengan hutang negeri Melaka yang berbilion ringgit?
Bagaimana dengan kejadian banjir yang selalu berlaku di banyak tempat yang gagal ditangani sehingga sekarang?
Bagaimana dengan projek-projek membazir seperti Eye On Malaysia, Kincir Air, Projek Pulau Melaka, Melaka Digital Mall, MIBC dan lain-lain?
Bagaimana dengan kelemahan agensi-agensi dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kebanyakannya mengalami kerugian?
Bagaimana dengan kegiatan maksiat seperti pelacuran, zina, kelab malam, dangdut dan lain-lain yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan?
Bagaimana dengan keputusan BN yang terus memberi kepercayaan kepada Ketua Menteri rasuah menerajui negeri ini?
.........................bersambung.............

Comments