MEB yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam secara dasarnya memang baik. Tetapi sebagai seorang Islam apa juga perancangan dan program yang meminggirkan Islam tidak akan dapat berkat dan rahmat dari Allah.
MEB tetap akan bergantung sepenuhnya kepada sistem ekonomi konvensional yang tidak mengenal dosa dan pahala. Sistemnya tetap akan menggunakan akal manusia sebagai panduan dan peraturan. Sudah tentu sistem kapitalis berasaskan riba menjadi 'wirid' harian sistem ini. Sedangkan makan riba merupakan dosa di sisi Allah S.W.T.
Sekali lagi kerajaan dengan jelas meminggirkan Islam dan tidak ada langsung disebut tentang sistem ekonomi Islam semasa Perdana Menteri membentangkannya semalam.
Maka jika Islam tidak diletakkan sebagai asas maka manusia yang terlibat dengan MEB ini sudah tentu tidak takut untuk makan rasuah, menyalahgunakan kuasa, menyeleweng, kronisme dan sebagainya.
Comments
Berapa banyak "Slogan" pun,kalau dah penyamun tak ada gunanya.
Shamsul Mersing.