Perhimpunan agung tahunan (AGM) MCA bermula kira-kira jam 9.50 pagi tadi menyaksikan betapa hebatnya perpecahan dalam MCA. Bayangkan bagaimana sebuah parti yang dikatakan kuat di bawah BN, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dan sebahagian besar menyokongnya tidak hadir dalam mesyuarat agung parti.
TheStar melaporkan presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat adalah antara 19 anggota jawatankuasa pusat yang hadir.
Sehingga malam tadi, lebih 500 anggota perwakilan pusat MCA telah mendaftar untuk menghadiri perhimpunan agung hari ini. Jumlah ini kalau tidak silap saya kurang dari separuh dari perwakilan yang sepatutnya hadir. Ini menunjukkan bahawa Presiden MCA, Ong Tee Keat sebenarnya sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli MCA kerana lebih dari separuh perwakilan memulaukan mesyuarat agung ini.
Sementara itu di atas pentas, hanya kerusi untuk penyokong Ong disusun. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana terdapat dua barisan kerusi disusun di atas pentas.
Tahun ini, hanya satu barisan kerusi kelihatan disusun di atas pentas, selepas kumpulan penyokong
Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiang Lai memutuskan untuk memulai AGM hari ini.
Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada MCA dan BN. Walaupun media menutup cerita kemelut MCA ini namun semuanya diketahui oleh rakyat. Sebenarnya kemelut dalam BN sendiri lebih hebat dari masalah dalam PR.

Comments
Tapi seorang lagi B bukan kakitangan (org luar) menghadiri temuduga yg sama tetapi tidak berjaya. beliau cuba memohon jawatan pen peg kewangan W27 setelah menghadiri temuduga beliau lulus dan berjaya.
Tapi si B telah jumpa CM minta utk menjawat jawatan W41 dan telah diperkenan oleh CM, Dgn kehebatan kuasa CM Dalam masa yg sama Si A telah dibatalkan jawatanya dari menjawat jawatan W41. kenapa boleh jadi macam tu
tolong siassat.... siapa malaon pegawai kewangan W41 tu....