MCA HANCUR LEBUR?

MCA bakal hancur lebur selepas 28 Mac ini? Kini keadaan semakin kusut apabila kemungkinan kuda tua pun mahu masuk campur merebut kembali jawatan tertinggi parti. Semua kemelut ini berlaku kerana masing-masing tamakkan kuasa dan kedudukan. Mereka bukannya memikirkan kepentingan rakyat tetapi masing-masing berfikir bagaimana hendak merebut kuasa dan memastikan nafsu mereka dipenuhi.
Media hari ini melaporkan bahawa lapan bahagian MCA negeri ini secara sukarela akan mencalonkan bekas Presiden parti itu, Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti tersebut pada pemilihan baru MCA 28 Mac ini.

Mereka memutuskan untuk berbuat demikian kerana yakin kepimpinan Ka Ting bukan sahaja mampu memulihkan krisis parti yang berlarutan tetapi menstabil dan membebaskan MCA daripada sebarang krisis.

Jika benar Ka Ting ikut serta pada pertandingan kali ini sudah tentu kemelut MCA ini akan semakin kusut dan bercelaru.

Saya cadangkan supaya Ling Liong Sik, Lee Kim Sai, Lim Ah Lek, Ting Chiew Pih, Loke Yuen Yow dan lain-lain bekas pemimpin MCA turut serta pada pertandingan merebut jawatan MCA ini.

Cuma seorang sahaja yang jangan bertanding .....iaitu Chua Jui Meng. Kalau Chua pun masuk ....itu berat ..........sebab beliau dah masuk PKR.

Comments