MCA : 1MALAYSIA, 3 PUAK

MCA dalam AGMnya semalam menyatakan sokongan kepada gagasan 1Malaysia yang antara lain amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyat. Malangnya di dalam MCA sendiri tiada perpaduan apabila sekarang ini parti itu sudah berpecah kepada 3 golongan. 1Malaysia, 3 Presiden.

Pemilihan pucuk pimpinan MCA pada 28 Mac diramal bakal menyaksikan kemunculan dan pertembungan antara tiga puak dalam parti itu.

Tiga puak tersebut ialah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk seri Kong Cho Ha, Liow Datuk Seri Tiong Lai dan Datuk seri Ong Ka Chuan, dan yang akhir Datuk Ong Tee Keat.

Terbukti sekarang bahawa perpecahan paling teruk bukannya berlaku dalam PR tetapi ianya berlaku dalam BN khasnya MCA.

Media tidak habis-habis menghentam PR tetapi sebenarnya ianya adalah salah satu cara untuk menutup kelemahan dan perpecahan mereka khususnya dalam MCA. Saya yakin rakyat khususnya Tionghua sudah pasti muak dengan perkembangan dalam MCA dan sudah pasti parti itu akan ditolak oleh rakyat khasnya orang Tionghua.

Comments