Kemana agaknya pergi saham bumiputera yang nilainya mencecah RM5 bilion. Siapa bajingan yang membahamnya.? Mengapa begitu rakus sekali 'harimau' ini membaham saham tersebut sedangkan ianya hak orang ramai bukan hak kroni dan suku sakat Umnoputera.
Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.
Saya sebagai salah seorang yang digolongkan sebagai Bumiputera tidak akan redha walau sesen pun saham ini jatuh ke tangan mereka yang tidak berhak.
Saya juga menggesa Pejuang Melayu sempit, Ibrahim Ali membongkar penyelewengan ini keran ianya selari dengan anutan Perkasa iaitu berjuang untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera 'kononnya'.
Comments