KEMELUT MCA : APA TAKUT LAWAN TETAP LAWAN

Saya mencadangkan kepada Naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya bertanding jawatan Presiden menentang Ong Tee Keat. Apa yang hendak ditakutkan, jika kita yakin kita berada di pihak yang benar dan berupaya membuat perubahan kepada parti apa yang hendak dikhuatiri. Apa yang penting agenda perubahan dari sebuah parti kolot seperti sekarang yang berjuang atas dasar perkauman kepada sebuah parti yang berjuang untuk Malaysia baru iaitu mengenepikan perkauaman sempit.

Hari ini Liow berkata beliau hanya akan mengumumkan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan parti 28 Mac ini selepas mendapatkan pendangan daripada anggota parti di seluruh negara.

Bagi saya Liow tidak seharusnya menunggu lama kerana ahli sedang menanti keputusan semua pemimpin yang bernafsu untuk merebut pangkat dan kuasa itu. Jadi lagi awal lagi mudah untuk mereka menolak dan me'ludah' pemimpin yang mereka meluat.

Comments